ISL 9

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Penilaian kemahiran bahasa terbahagi kepada tiga iaitu :
1. Kemahiran Lisan
2. Kemahiran Membaca
3. Kemahiran Menulis

1. KEMAHIRAN LISAN
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu :
a) Kemahiran Mendengar
b) Kemahiran Bertutur

TUJUAN KEMAHIRAN LISAN

a) Menyebut perkataan dan ayat dengan betul
  • Supaya murid-murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul dan tepat serta lancar tanpa sebarang masalah dan kesalahan.
b) Mendengar dan memahami pertuturan.
  • Kemahiran lisan ini diajar supaya murid-murid dapat mendengar dan memahami pertuturan orang lain di sekitar mereka.
c) Berinteraksi dengan orang lain
  • Murid-murid dapat berinteraksi dengan orang lain seperti meluahkan perasaan mereka, menyampaikan kehendak dan kemahuan mereka dan memberi pendapat serta pandangan mereka tentang sesuatu. 
d) Melatih murid agar berkeyakinan dan percaya kepada diri              sendiri
  • Untuk melatih murid supaya berkeyakinan untuk meluahkan perasaan ddan menyatakan pendapat serta percaya kepada diri sendiri supaya mereka berani bercakap di depan orang. 
e) Bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang               sesuai dan perbendaharaan kata yang luas.
  • Membolehkan murid-murid menggunakan ayat yang tersusun semasa bertutur dan menggunakan perkataan yang sesuai dengan keadaan dan waktu serta dapat meperluaskan lagi perbendaharaan kata mereka.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Contohnya seperti Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) yang menyediakan instrument seperti berikut :
  1. Soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
  2. Aktiviti atau bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
  3. Pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
  4. Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.


a) Kemahiran mendengar
  • Merupakan kemahiran paling asas.
  • Kemahiran ini berlaku pada peringkat penerimaan. 
  • Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami dan mentafsir apa yang didengar.
  • Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menaakul dan memproses maklumat dalam kominikasi.
  • Ini terbukti apabila : 
- Murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru.
- Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial seperti perbualan, perbincangan dan mesyuarat, ini adalah untuk mendapat hiburan seperti mendengar radio,  menonton televisyen dan filem. Selain itu,   pelajar dapat memperoleh maklumat melalui pengajaran guru, berita di radio dan televisyen serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni dalam drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan. 

b) Kemahiran bertutur
  • Melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat-alat artikulasi.
  • Kemahiran bertutur merupakan peringkat penglahiran.
  • Ianya perlu ditiru dan diajuk.
  • Model bahasa lemah hasil ajukan yang lemah, tapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yang baik.

2. KEMAHIRAN MEMBACA
  • Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. 
  • Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. 
  • Satu proses yang komplek yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.
  • Proses membaca melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea dan membuat generalisasi dan penialain. 

Tujuan Kemahiran Membaca
a) Serta-merta 
  • Membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan.
  • Membaca cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk habiskan sesuatu bahan bacaan. 

b) Lanjutan 
  • Membetulkan fahamannya yang salah, membanding fikiran dan pengalaman orang lain untk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. 

Jenis Pengujian Kemahiran Membaca
- Terdapat 2 jenis bacaan:

a) Bacaan senyap
- Mengikut Frank Smith (1980) terdapat dua jenis bacaan senyap :
  • Bacaan fungsian - untuk tujuan khusus atau tertentu untuk mendapatkan maklumat apabila seseorang itu merujuk dan membaca.

- Contohnya kamus, buku teks, ensiklopedia, dan lain-lain.
  • Bacaan rekreasi - untuk mengisi masa lapang dan tujuannya untuk mendapatkan keseronokan.

- Contohnya novel, cerpen, majalah, surat khabar dan lain-                  lain. 


b) Bacaan lisan / nyaring
  • Bertujuan untuk menyampaikan atau menyalurkan komunikasi.

3. KEMAHIRAN MENULIS
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti : 
  • Karangan 
  • Laporan projek/kerja kursus/folio 
  • Latihan dan ujian bertulis 
  • Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Penilaian Kemahiran Menulis
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti:
  • Karangan
  • Laporan projek/kerja kursus/folio
  • Latihan dan ujian bertulis
  • Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.


Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
  • Kemahiran menulis
  • Menyusun idea
  • Penggunaan tanda baca
  • Perbendaharaan kata
  • Mengaplikasi
  • Mentafsir
  • Menilai

 Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
  • Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji.
  • Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami.
  • Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
  • Aras kesukaran soalan dipelbagaikan.
  • Skema pemarkahan disediakan.


 Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif

Mengesan serta merta
  • Tujuan – mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian

Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
  • Bagaimana ?: (Dirancang jika perlu, individu @ kumpulan, tiada instrumen khusus )
  • Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu)
  • Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan, teguran, nasihat dan pujian)

 Mengesan kemajuan
  • Tujuan – mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
  • Bagaimana? : (Perlu dirancang, individu @ kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran kerja dan ujian bertulis )
  • Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu
  • Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )

Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif.

Mengesan pencapaian
  • Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
  • Bagaimana? : (Perlu dirancang, secara individu, gunakan ujian bertulis)

Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif.
  • Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
  • Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor )



0 comments: