ISL 5



JENIS PENILAIAN BAHASA


UJIAN FORMATIF
- Merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan (sepanjang   proses pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk       yang diajar).

Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian                                  mingguan.
  

Tujuan
- Mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
- Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
- Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.
- Pelajar mengetahui kelemahan mereka.
- Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p (tingkatkan         pencapaian dalam peperiksaan).


Prosedur Ujian Formatif

(a) Menentukan tajuk pengajaran
      
- Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan           dalam satu tahun.
      
- Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran.
      
- Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil.
      
- Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian                         formatif (nilai penguasaan pelajar bagi tajuk yg telah diajar).

(b) Menentukan aspek dan tahap penguasaan
      
- Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk                        pengajaran yang perlu dikuasai pelajar.
      
- Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan pelajar               terhadap aspek tersebut.
      
- Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat menguasai             sesuatu tajuk, ini bermakna mereka sudah menguasai tajuk               itu.

(c) Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk
      
- Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap         tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan                 taksonomi objektif pengajaran.
      
- Guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia            saling bertautan dan tidak berpisah.

(d) Membina soalan ujian
      - Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar sekurang-          kurangnya 1 soalan.
      
- Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur penguasaan                     pelajar terhadap elemen ini.

(e) Mencadangkan tindakan susulan
      Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat                                berdasarkan keputusan ujian ini.
      
- Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk sebagai                          tindakan susulan, guru perlu ulang semula atau ubah                          pendekatan pengajaran 


UJIAN SUMATIF

 - Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal          atau akhir tahun).
 
Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir          penggal persekolahan atau akhir tahun serta keberkesanan            sesuatu kurikulum.


Contoh : Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan                   PMR


Tujuan

- Memberikan gred kepada pelajar  untuk membuat                             perbandingan pencapaian di kalangan pelajar.
- Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu       mata pelajaran baru atau tidak.


Langkah-Langkah Pelaksanaan
(a) Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
      
Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang               tajuk pengajaran, objektif pengajaran dan bilangan                           pengajaran
      
- Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan                       pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan.

(b) Membina Soalan
      
- Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji         objektif pengajaran yang telah ditetapkan
      
- Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang           bilangan soalan yang perlu dijawab

(c) Mengumpulan Soalan Secara Sistematik
      
- Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti soalan                 objektif diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong.
     
 - Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau kesukarannya

(d) Menguji Soalan Melalui Kajian Rintis
      - Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan                     membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian mempunyai             keesahan yang tinggi.
      
- Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira.

(e) Menyiapkan Skema Pemarkahan
      
- Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan           markahnya.
      
- Menjadi panduan semasa memeriksa jawapan.
     
 - Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku ketidakadilan           dalam pemberian markah.


UJIAN BAKAT

Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat       atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.
Terbahagi kepada 2 kumpulan
   i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran.
   ii.Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu.


UJIAN PENCAPAIAN
Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana               pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang   meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.
Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru.
Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang     diuji.


Tujuan
- Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang       prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
- Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke   program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya.
- Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut       kebolehannya.