ISL 4

PEMBINAAN UJIAN

Jenis Item Ujian
(a) Ujian objektif
(b) Ujian subjektif / esei

Item Ujian Objektif
- Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat.
- Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.
- Hanya satu jawapan yang betul.
- Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan.

Jenis-jenis item ujian objektif
(a) Item pilihan jawapan bebas
(b) Item pilihan jawapan tetap

Item pilihan jawapan bebas
- Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan.
- Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung.
- Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan.
- Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan … lengkapkan pernyataan berikut.

contoh
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
   ..................................................................

ii.
 Siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?
(a) ____________
(b) ____________
(c) ____________
(d) ____________

Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan
   ______________________

ii
Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut:
a. Johor   __________
b. Perlis  
 __________ 


Item pilihan Jawapan Tetap
(a) Item betul/salah
(b) Item memadankan
(c) Item pengelasan
(d) Item susun semula
(e) Item aneka pilihan

Item Aneka Pilihan
(a) Bentuk soalan
(b) Ayat tidak lengkap
(c) Jenis jawapan terbaik
(d) Jenis negatif
(e) Interpretif
(f ) Cantuman

Soalan Objektif Aneka Pilihan
- Mengandungi dua bahagian iaitu:
  
(a) Stem – pokok soalan / tugasan soalan
  
(b) Opsyen - pilihan jawapan yg diberi

Pilihan mengandungi :
(a) Kunci – jawapan yang betul
(b) Pengganggu (distracktor) – bukan jawapan

Contoh : Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
A. pemeluwapan
B . penyulingan
C. pendidihan
D. elektrolsis

Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem
A,B,C,dan D – opsyen
A,B, dan C – pengganggu
D - jawapan

Stem Soalan
- Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap.
- Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon.
- Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan.
- Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan.

Opsyen, Pengganggu dan Kunci
- Pilihan jawapan sama dengan stem soalan.
- Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam.
- Elakan memberi bayangan.
- Elakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu pun.
- Elak mengulang maklumat yang sama.
- Pastikan satu sahaja jawapan.
- Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D.

Jenis soalan Aneka pilihan 
1. Bentuk soalan
Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul

Contoh:
Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?
A.  Ammeter
B .  Voltmeter
C.  Meter pH
D.  Multi meter

2. Ayat tidak lengkap
Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.

Contoh :
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadap
A.  kemasukan buruh asing beramai-ramai
B .  industri membuat kereta berkembang pesat
C.  migrasi penduduk dari luar bandar ke badar
D.  industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

3. Jenis Jawapan Terbaik
Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik

Contoh:
Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?
A. Memeriksa soalan demi soalan
B . Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
C. Memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan
D. Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

4. Soalan Item Negatif
Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’

Contoh:
Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali
A. sesuai digunakan untuk ujian sumatif.
B . dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi.
C. jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif.
D. boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan.

5. Soalan Item Interpretif
Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan

Contoh:
Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada
A. internet
B . perdagangan
C. telekomunikasi
D. pengangkutan

6. Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar

A. I, II dan III
B . I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV 

Cara Menulis item Aneka Pilihan
- Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap.
- Soalan hendaklah ringkas tetapi padat.
- Pilihan jawapan juga perlu ringkas.
- Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama.
- Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang.
- Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul.
- Pokok soalan tidak membayangkan jawapan.

Aras Item Objektif
- Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza.
- Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian.

1. Item Aras Pengetahuan
- Soalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsb
- Soalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bila

Contoh: 
Bilakah Malaysia merdeka?
A. 1957
B . 1964
C.1967
D. 1969 

2. Item Aras Kefahaman
Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsip
Bentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakan
Contoh : 
Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana
(A) akarnya panjang
(B) batangnya lembut
(C) pokoknya ada pelampung
(D) ada ruang udara dalam batangnya 

3. Item Aras Aplikasi 
Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas
Bentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsb

Contoh : 
Hakim mempunyai wang sebanyak
RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim.

(A) RM17.00
(B) RM19.00
(C) RM 21.00
(D) RM 23.00

4. Item Aras Analisis
Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan
Bentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnya

Contoh : 
Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang diperlukan
A air dan cahaya
B  air dan karbon dioksida
C air, oksigen dan cahaya
D air, karbon dioksida dan cahaya

5. Item Aras Sintesis 
Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan.

Contoh : 
Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas

(A) oksigen
(B) hidrogen
(C) nitrogen
(D) karbon dioksida 

6. Item Aras Penilaian 
Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

Contoh  : 
Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah

(A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin
(B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah
(C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku
(D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan
kaunseling