ISL 8


PENGENALAN
  • Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. 
  • Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan.
  • Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.
  • Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah.
  • Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.
  • Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan.
  • Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain.
  • Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.  


TUJUAN
- Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
  • Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab 
  • Memberi kebebasan kepada pelajar untuk  menunjukkan kreativiti dan inovasi 
  • Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di  luar bilik darjah
  • Memotivasikan pelajar untuk belajar
  • Memberi peluang pelajar memainkan  peranan sebagai pemimpin
  • Membenarkan pelajar menentukan peranan 
  • Membolehkan pelajar yang mempunyai  minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan    mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya


LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1 : Menentukan tajuk dan skop Projek
Langkah 2 : Menjalankan penilaian awal projek
Langkah 3 : Melaksanakan  strategi
Langkah 4 : Memproses  Maklumat
Langkah 5 : Menilai Hasil Projek  


Ciri-Ciri Penilaian Projek
  • Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual,
  • kinestetik)
  • Menggunakan jangka panjang.
  • Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
  • Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif.
  • Tiada didapati satu jawapan yang benar.
  • Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif:

     -          membuat menyediakan projek
     -          kumpulan koperatif
  • Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan.
  • Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
  • Peluang menilai pelajar dalam:

    -          kreativiti
    -          kemahiran merancang
    -          integrasi pengetahuan
    -          kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
  • Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu
  • Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu
  • Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
  • Aktiviti yang bermakna


Dengan itu penilaian projek ini dapat :
  • Mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar.
  • Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
  • Membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.


Jenis-jenis Penilaian Projek
  • Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan).
  • Extended tasks assignment menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model
  • Portfolio koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
  • Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.





0 comments: